Thursday, June 22, 2006

UTUSAN PENGGUNA JULAI 2002

Petikan dari UTUSAN PENGGUNA keluaran Julai 2002, m/surat 5:


TUALA WANITA Ancaman Kesihatan Dalam Diam
Tahukah anda bahawa kebanyakan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organoklorin dan karsinogen yang diketahui-dioksin.
EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains. Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometrriosis (jangkitan pada lapisan uterus).
EPA juga telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan tinggi terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh melemahkan sistem imun, meningkatkan risiko penyakit radangan pelvik, mengurangkan kesuburan dan kemungkinan mengganggu perkembangan janin dan kanak-kanak.

DIKELUARKAN DENGAN BANYAK BAHAN KIMIA
Untuk membuat tuala wanita, gentian pulpa kayu pada mulanya direndam di dalam air didalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan perwarna yang diperlukan dimasukkan pada peringkat ini. (pulpa itu kemudiannya di geser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya).
Sesetengan tuala wanita mengandungi rayon tambahan, yang juga berasal daripada kayu, untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan di dalam larutan kaustik, di pancut ke dalam jet halus di dalam air berasid. (Campuran itu kemudiannya membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang-akibatnya sesetengan bahan kimia yang digunakan kekal didalam tuala wanita). Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menampakkan keputihan.

PENUH BAKTERIA
Tuala wanita juga boleh mengandungi bakteria kerana ia bukan produk yang dibasmi kuman. pada 1997, ujian CAP keatas beberapa jenama popularyang dijual disini mendapati jumlah bakteria yang tinggi sehingga 11,000 (lebih 10 kali ganda dari piawaian keselamatan antarabangsa) Ini boleh membawa kepada jangkitan faraj.
Wanita adalah sasaran mudah kerana mereka terikat oleh biologi untuk didatangi haid selama sekurang-kurangnya 35 tahun. Oleh itu, wanita adalah pasaran tawanan dan berkemungkinan menjadi mangsa mudah trauma beberapa jenis tuala wanita (dan tampon).
Oleh itu, adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternatif lebih selamat-seperti menggunakan kain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi juga boleh digunakan semula banyak kali.


pesanan dari penaja:
bertukarlah kepada tuala wanita/ pad herba SUSEN kerana ia telah disahkan oleh Makmal SGS Taiwan tidak mengandungi sebarang bahan toksid seperti diatas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home