Sunday, January 20, 2008

PELAN PEMASARAN BARU.. (mulai tahun 2008)

1. Keahlian dalam Pelan Pemasaran baru

i) Ahli Biasa (NM)
a) Membayar Pendaftaran Ahli & Web peribadi RM115.00 sahaja.
b) Membeli produk dengan harga Builder dan menikmati insentif dari Pelan Bonus Power Builder yang mana layak.
c) Menaja ahli-ahli tanpa kelayakan BV peribadi tidak layak untuk faedah dari Pelan Bonus Power Start

ii) Basic Builder (BB)
a) Membayar Pendaftaran Ahli & Web peribadi RM115.00 serta membeli Pakej PS bernilai 50BV (RM133.00).
b) Peluang meningkat ke status Premier Builder dengan mengumpul 100BV lagi dalam pembelian peribadi sehingga 150BV dalam masa 12 minggu dari tarikh keahlian (minggu menjadi ahli tidak dikira).
c) Membeli produk dengan harga Builder dan menikmati insentif dari Pelan Bonus Power Builder yang mana layak.
d) Menikmati insentif dari Pelan Bonus Power Start dengan perkembangan rangkaian.


iii) Premier Builder (PB)
a) Membayar Pendaftaran Ahli & Web RM115.00 serta membeli pakej PS bernilai 150BV (RM383.00/ RM413.00)
b) Membeli produk dengan harga Builder dan menikmati insentif dari Pelan Bonus Power Builder yang mana layak.
c) Menikmati insentif dari Pelan Bonus Power Start dengan perkembangan rangkaian.


iv) Stokis Bergerak (MS) –Sila rujuk kepada lampiran Stokis Bergerak (secara ringkas).


2. Status Keahlian semasa dalam sistem baru

i) Ahli Biasa (NM) ataupun Ahli Premier yang tidak aktif dalam sistem kami sebelum 1.1.2008 -Semua ahli berdaftar (yang membeli kit jualan/membayar RM50.00 atau RM55.00 untuk pakej FMP, termasuk yang didaftar dengan percuma semasa promosi) yang tidak membeli pakej Premier untuk belian peribadi 160BV.

NM semasa boleh upgrade kepada Basic Builder (BB) ataupun Premier Builder (PB) dengan pembelian Pakej PS bernilai daripada 50BV (BB) hingga 150BV (PB) sahaja sehingga 28hb Feb 2008.

NM semasa yang :
a) tidak upgrade/meningkatkan keahlian kepada BB atau PB, atau
b) tidak aktif dan maintain sekurang-kurangnya 220PV dalam 1 tahun kebelakangan ini, atau
c) tidak membuat sebarang pembelian sehingga 28hb Feb 2008 untuk menjadi aktif kembali akan dibatalkan keahlian dalam sistem baru.

NM semasa yang tidak upgrade/menaikan status ke BB atau PB tetapi ‘aktif’ (tidak mengikut b) atau c) di atas) akan kekal sebagai Ahli Biasa dalam sistem baru dan menikmati insentif dalam pelan Bonus Power Builder yang mana layak sahaja.

ii) Ahli Premier (PM) -Semua ahli berdaftar yang membeli Pakej Premier yang memberikan 160BV dalam pembelian peribadi, akan dipindahalih ke sistem baru sebagai Premier Builder (PB) jikalau mereka:

a) adalah aktif dengan maintenance secara automatik atau membeli minima 50PV sebulan,
b) adalah aktif dan maintain sekurang-kurangnya 220BV/PV dalam 1 tahun kebelakangan ini,
c) menjadi PM dari 1hb Nov 2007 hingga 31hb Dis 2007.d) Menjadi aktif kembali dengan pembelian minima 50 PV sehingga 28hb Feb 2008.
PM semasa yang tidak menepati mana-mana tersebut di atas akan dibatalkan keahlian. Ahli yang telah dibatalkan keahlian perlu membuat permohonan semula jika mereka ingin menjadi ahli lagi dan menikmati faedah-faedah keahlian yang ada.

iii) Stokis Bergerak (MS) -Semua Stokis Bergerak termasuk PDM, e-Mobile, e-Star Mobile dll yang beli pakej MS ataupun dinaikkan taraf/upgraded dalam promosi yang telah diadakan.

MS semasa akan dipindahalih ke sistem baru dan maintain status mereka jikalau mereka:
a) adalah aktif dalam 1 tahun kebelakangan ini dengan pembelian dan penerimaan bonus MS.
b) menjadi aktif semula dengan pembelian serta laporan jualan bulanan sehingga 28hb Feb 2008.

Insentif bulanan MS, termasuk bagi MS semasa yang telah diupgrade, adalah dinaikkan ke 7% (atau tiada) berdasarkan syarat-syarat berikut:
a) Maintain minima 300BV dan 500PV jualan bagi 3 bulan pertama.
b) Berikutnya, jualan minima 1,000PV sebulan adalah perlu untuk kelayakan insentif ini.
c) Untuk mengekalkan status Stokis Bergerak, mesti mengumpul sekurang-kurangnya 4,000PV jualan setahun.

Ahli-ahli semasa yang telah diupgrade/pindahalih ke sistem baru hanya perlu bayar RM45.00 sebagai yuran pendaftaran Web untuk menikmati kemudahan Web peribadi. Untuk pembayaran Web tahunan berikut, RM3.00 sebulan akan ditolak daripada komisyen ahli atau RM36.00 setahun akan dicaj atau perbezaannya jikalau jumlah yang ditolak bulanan tidak mencukupi pada hujung tahun.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home